Tuesday, March 9, 2010

SEMINAR PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN PERINGKAT KEBANGSAAN

KetuaPenasihat Kelab Pengguna Sekolah Menengah Simpang Empat,Cikgu ShakirMd Taha telah menghadiri seminar pendidikan kepenggunaan sehari di bangunanTabung Haji Pulau Pinang baru-baru ini.
Dalam seminar peringkat kebangsaan ini beliau telah membentang kejayaan yang telah dicapai oleh Kelab Pengguna SMK Simpang Empat,Seberang Perai Selatan.
Kelab ini pernah dipilih sebagai kelab pengguna sekolah yang teraktif di peringkat Negeri Pulau Pinang dalam tahun 2004. Sementara itu Cikgu Shakir Md Taha dipilih sebagai tempat pertama Guru Penasihat Kelab Pengguna Sekolah Menengah sempena Hari Pengguna MalaysiaPeringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Anugerah itu diadakan di Institusi Perguruan Tuanku Bainun,Mengkuang,Pulau Pinang.
(Cikgu Shakir,tengah bergambar dengan Cikgu Azmi Abdul Hamid)

No comments: