Thursday, March 11, 2010

Taking vitamins and minerals



The nutrients you need


Lyn East 58,takes multi-vitamins on a regular basis: AlthoughI genarally eat healthy, I am aware that some days I'm not getting all the vitamin and minerals I need. 'Like many people,Lyn, a tetired teacher, uses supplement as an insurance policy to make up for any shortfalls in her diet.
To be continued.

Naib Pengerusi Kelab Pengguna SMKSE

Namanya Puah Perng Ping
Seorang pelajar yang sentiasa ceria.
Rajin dan ringan tulang.
Menyertai Kelab Pengguna semasa peralihan lagi sebagai ahli.
Mula dilantik sebagai AJK Kelab.
Seterusnya sebagai Bendahari.
Kini sebagai Naib Pengerusi.
Juga sebagai Pengawas Sekolah.
Setakat ini menyertai dua kursus kepimpinan kelab persatuan.
Kursus ini dikendalikan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan
Jabatan Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Baru-baru beliau menjadi jurutunjuk cara membuat beg kertas kepada 60 orang ahli kelab dan persatuan di dewan terbuka SMK Simpang Empat.

Wednesday, March 10, 2010

Advinder Singh Ahli Aktif

Advinder Singh sudah dua tahun melibatkan diri dalam Kelab Pengguna SMKSE.
Beliau seorang ahli yang aktif.
Tidak pernah absen dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Pengguna.
Seorang ahli yang cukup ringan tulang.
"Saya menyertai Kelab Pengguna kerana kelab ini banyak mengadakan aktiviti yang berfaedah untukdiri saya.Saya mendapat banyak ilmu dengan menyertai kelab ini," jelas beliau.
Beliau sekarang berada di Tingkatan 2 Cemerlang,Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Empat,Seberang Perai Selatan.

Kursus Membuat Baja Organik


Persatuan Pengguna Pulau Pinang baru-baru ini telah mengadakan kursus membuat baja organik kepada guru-guru penasihat kelab di sekitar Pulau Pinang.
Encik Subaraw pegawai pendidikan daripada Persatuan Pengguna Pinang telah memberikan tunjukajar bagaiman menyediakan baja organik.
Penulis telah diundang untuk hadir sama dalam program ini. Kursus turut dihadiri oleh 35orang guru di sekitar Pulau Pinang. Presiden CAP Sdr. S.M. turut sama dalam program yang memakan masa 2 jam 30minit ini.
Oleh Shakir Md Taha

Tuesday, March 9, 2010

SEMINAR PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN PERINGKAT KEBANGSAAN

KetuaPenasihat Kelab Pengguna Sekolah Menengah Simpang Empat,Cikgu ShakirMd Taha telah menghadiri seminar pendidikan kepenggunaan sehari di bangunanTabung Haji Pulau Pinang baru-baru ini.
Dalam seminar peringkat kebangsaan ini beliau telah membentang kejayaan yang telah dicapai oleh Kelab Pengguna SMK Simpang Empat,Seberang Perai Selatan.
Kelab ini pernah dipilih sebagai kelab pengguna sekolah yang teraktif di peringkat Negeri Pulau Pinang dalam tahun 2004. Sementara itu Cikgu Shakir Md Taha dipilih sebagai tempat pertama Guru Penasihat Kelab Pengguna Sekolah Menengah sempena Hari Pengguna MalaysiaPeringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Anugerah itu diadakan di Institusi Perguruan Tuanku Bainun,Mengkuang,Pulau Pinang.
(Cikgu Shakir,tengah bergambar dengan Cikgu Azmi Abdul Hamid)

Aktiviti Kelab Pengguna Bersama Dr.Abdul Razak


Kelab Pengguna SMK Simpang Empat telah berjaya menganjurkan bengkel membaca dengan bantuan dan kerjasama Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Utara baru-baru.
Bengkel sehari dikendalikan oleh Dr. Abdul Razak bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia.
Bengkel disertai oleh 60 orang pelajar telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua bertempat di Bilik Gerakan sekolah tersebut.