Thursday, June 19, 2008

Sejarah Kelab Pengguna SMK Simpang Empat

Penubuhan Kelab Pengguna

Kelab ini ditubuhkan dengan rasmi pada 1986 oleh Encik Ahmad Shakir dengan rakan seperjuanganny Mohd Rais Abu Bakar. Pada awal penubuhannya ini disertai oleh 35 orang pelajar. Pelajar-pelajar ketika itu lebih menumpu kepada aktiviti kuiz pengguna. Kuiz pengguna menjanjikan pulangan yang menarik. Di sekitar tahun 80an dan 90an Majlis Hal-Ehwal Pengguna Pulau Pinang cukup aktif adakan kuiz pengguna dan sketsa.
Pelajar SMKE lebih menumpukan perhatian kepada kuiz pengguna. Pasukan Kelab Pengguna SMKSEkerap kali menjadi johan ataupun naib-johan peringkat daerah Seberang Perai Selatan.Hadiah yang diberikan merupakan wang tunai antara RM300-RM500. Hadiah-hadiah lain juga diberikan oleh Majlis Hal-Ehwal Pengguna Pulau Pinang.
Berkat usaha kerajinan ahli Kelab Pengguna SMKSE serta pimpinan guru penasihatnya Kelab Pengguna telah dipilih sebagai Kelab Pengguna Yang Teraktif di seluruh Pulau Pinang.Kelab Pengguna anugerah sebanyak RM500.00 pada tahun 2003. Pengetua SMKSE pada masa itu ialah Tuan Abu Hassan Bin Yahaya. Manakala guru penasihatnya ialah En Ahmad Shakir Md Taha.

1 comment:

ZeInEy AcHmAd said...

TAHNIAH kepada Cikgu Shakir telah menubuhkan Kelab Pengguna d SMKSE dan juga kepada pelajar2 SMKSE begitu komited dalam usaha meningkat Kelab Pengguna ....TAHNIAH>>>>>semoga berjaya