Thursday, June 26, 2008

Kursus Pengguna Untuk Sekolah Menengah

Kursus kepenggunaan untuk sekolah menengah di Pulau Pinang akan diadakan di Pusat Latihan Telekom Taiping,Perak pada 29 Jun hingga 1 Julai ini.Menurut pegawai khas unit kokurikulum Encik Faridon Kamal kursus ini melibatkan 30 buah menengah di seluruh Pulau Pinang.

Setiap sekolah diminta menghantar 2 orang pelajar tingkatan empat. Kursus ini diadakan dengan kerjasama KPDN negeri Pulau Pinang dan semua perbelanjaan semasa di Taiping adalah percuma.

Saturday, June 21, 2008

Thursday, June 19, 2008

RANGKAIAN KELAB PENGGUNA PULAU PINANG(RANGKAP)

RANGKAP ialah akronim bagi rangkaian kelab pengguna Pulau Pinang. Kami mencadangkan ditubuhkan RANGKAP diseluruh Pulau Pinang.
Rasional Penubuhannya
1.Memudahkan pihak pentadbiran kepenggunaan menyalur bantuan kewangan untuk semua aktiviti yang besar.
2.Aktiviti kepenggunaan lebih mudah dijalankan secara berkelompok.
3.Aktiviti kepenggunaan lebih terancang
4. Perbelanjaan untuk aktiviti kepenggunaan lebih menjimatkan

Bengkel Untuk Guru-Guru Penasihat Kelab Pengguna Negeri Pulau Pinang

Bengkel Untuk Guru-Guru Penasihat Kelab Pengguna.

Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang telah mengadakan bengkel untuk guru-guru penasihat kelab pengguna bertempat di Safira Kelab Seberang Jaya baru-baru.
Seramai 68 orang guru penasihat Kelab Pengguna telah hadir dalam program sehari suntuk itu. Menurut pegawai Majlis Hal Ehwal Pengguna Encik Mazlan beliau berpuas hati dengan bengkel tersebut. Menurutnya guru-guru sanggup hingga majlis tamat.
Encik Faridon Kamal pegawai khas unit kokurikulum turut menyampaikan ceramah berkaitan dengan peranan kelab pengguna di sekolah dan cara menubuhkannya.
Cikgu Azmi Abdul Hamid turut menyampaikan ceramahnya.
Majlis penutup dan penyampian sijil kepada peserta dilakukan oleh En Mohd Jamil Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Pulau pinang

Sejarah Kelab Pengguna SMK Simpang Empat

Penubuhan Kelab Pengguna

Kelab ini ditubuhkan dengan rasmi pada 1986 oleh Encik Ahmad Shakir dengan rakan seperjuanganny Mohd Rais Abu Bakar. Pada awal penubuhannya ini disertai oleh 35 orang pelajar. Pelajar-pelajar ketika itu lebih menumpu kepada aktiviti kuiz pengguna. Kuiz pengguna menjanjikan pulangan yang menarik. Di sekitar tahun 80an dan 90an Majlis Hal-Ehwal Pengguna Pulau Pinang cukup aktif adakan kuiz pengguna dan sketsa.
Pelajar SMKE lebih menumpukan perhatian kepada kuiz pengguna. Pasukan Kelab Pengguna SMKSEkerap kali menjadi johan ataupun naib-johan peringkat daerah Seberang Perai Selatan.Hadiah yang diberikan merupakan wang tunai antara RM300-RM500. Hadiah-hadiah lain juga diberikan oleh Majlis Hal-Ehwal Pengguna Pulau Pinang.
Berkat usaha kerajinan ahli Kelab Pengguna SMKSE serta pimpinan guru penasihatnya Kelab Pengguna telah dipilih sebagai Kelab Pengguna Yang Teraktif di seluruh Pulau Pinang.Kelab Pengguna anugerah sebanyak RM500.00 pada tahun 2003. Pengetua SMKSE pada masa itu ialah Tuan Abu Hassan Bin Yahaya. Manakala guru penasihatnya ialah En Ahmad Shakir Md Taha.